Beras yang tumpah ke dalam periuk, ibarat limpahan rezeki yang melimpah ruah daripada Allah s.w.t. Membawa kemakmuran yang berterusan. Semoga dapur Beras Tumpah saya juga dapat memberi manfaat kepada semua insan.... Insya'allah.

Selasa, 3 Januari 2012

Kek Pelangi.

Ini la kek yang paling simple saya buat.  Insya'allah, sekali buat aje terus jadi.

Bahan-bahan:
250 gm butter.
250 gm gula.
250 gm tepung kek (blue key)
5 biji telur.
1 sudu teh esen vanila.
Pewarna pilihan.


Cara-cara:
1.  Pukul butter dan gula hingga kembang, masukkan telur satu persatu dan pukul lagi hingga kembang.
2.  Masukkan tepung dan kaup balik hingga sebati.
3.  Bahagikan kepada beberapa bahagian dan warnakan. (warna lain dah habis jadi dapat kuning dan hijau aje).
4.  Lenserkan loyang dengan butter.
5.  Sendengkan sedikit loyang dan tuangkan adunan mengikut warna satu demi satu hingga habi.
6.  Bakar dalam oven yang telah dipanaskan selama 50 minit pada suhu 170darjah.

Yang ni dah sejuk dan dipotong.

Errrmmmm.... baru keluar dari oven.


3 ulasan:

CIK TOM berkata...

nampak sedap..teringin nak cuba jgk bl berpeluang nanti..

NaRuFiQ berkata...

kek pelangi~ kek yang penuh dengan memori zaman kanak2.....alahai nostalgianya makan sama2 dengan kawan2 dulu....T_T

Ajieda Ajis berkata...

resepi simple aje, Cik Tom n Narufiq pn boleh buat.... insya'allah.

Rakan-rakan