Beras yang tumpah ke dalam periuk, ibarat limpahan rezeki yang melimpah ruah daripada Allah s.w.t. Membawa kemakmuran yang berterusan. Semoga dapur Beras Tumpah saya juga dapat memberi manfaat kepada semua insan.... Insya'allah.

Jumaat, 11 November 2011

Rendang Daging


Bahan-bahan:
1 kilo daging - dipotong nipis-nipis.
200 ml santan pekat.
3 sudu kerisik.
1 batang kulit kayu manis.
1 kuntum bunga lawang.
Minyak untuk menumis.
Garam secukup rasa.

Bahan untuk dikisar:
10 tangkai cili kering.
5 tangkai cili merah.
1 labu bawang besar.
5 ulas bawang putih.
5 batang serai.
1 inci halia.
1 inci lengkuas.
1 inci kunyit.

Bahan dihiris halus:
1 labu bawang besar.
3 ulas bawang putih.
2 helai daun kunyit.

Cara-cara:
1.  Bersihkan daging dan toskan.
2.  Gaulkan daging bersama bahan yang dikisar dan hirisan bawang besar dan bawang putih.
3.  Panaskan minyak dan tumiskan kulit kayu manis bersama bunga lawang.
4.  Setelah naik bau, masukkan daging.
5.  Setelah pecah minyak, masukkan santan, kerisik dan garam.
6.  Masukkan daun kunyit dan masak sehingga pekat atau kering.



Tiada ulasan:

Rakan-rakan