Beras yang tumpah ke dalam periuk, ibarat limpahan rezeki yang melimpah ruah daripada Allah s.w.t. Membawa kemakmuran yang berterusan. Semoga dapur Beras Tumpah saya juga dapat memberi manfaat kepada semua insan.... Insya'allah.

Ahad, 4 Disember 2011

Coklat.

Kebelakangan rasa berminat sangat nak buat coklat sendiri.  Mencari-cari resepi di internet.  Walaupun  tak banyak tapi dapat juga info yang berguna.  Terima kasih pada Hasnida Omar sebab sudi berkongsi ilmu. Lagi teruja bila membaca blog Cha Chocolate.  Jadi pagi minggu ni terus ajak suami ke kedai bakery.

Kat SP ni, Sayang Bakery yang terletak kat Legenda Height paling famous.  Kat sini la saya selalu  dapatkan bahan-bahan masakan.  Macam-macam ada.  Daripada bahan mentah untuk buat kek, biskut, coklat, rempah ratus, flavour sampai lah ke peralatan memasak seperti loyang, acuan, bekas dan sebagainya.

Masuk je ke dalam kedai,  terus mencari coklat compound.  Macam-macam jenama ada. Yang tak berjenama pun ada.  Seronoknya kat sini, ownernya tahu semua benda yang kita nak.  Tanya aje, terus ambik bagi.

Owner kedai cadangkan supaya saya gunakan coklat compaund jenama Beryl's.  Katanya ini yang best.  Siap bagi tips lagi cara-cara nak buat coklat. Maklum la, baru nak cuba.  Siap beli mould lagi... hi hi hi... teruja la katakan.

Ini la packaging Beryl's Gourmet White Compound.

Apa pun kena pastikan yang ni dulu -
logo halal dan bulatan hijau.

Ini white compound yang dah di repacking. (konon-konon
nak buat effect la... ermmmm)

 2 mould - petak n  love shape... ermm basic kannn..

Ambik cukup lengkap - baru RM28.30

Tak sabar ni, nak balik rumah.  Nak buat aje terussss.... sabar, sabar, sabarrrrrr...

2 ulasan:

KhaiZa berkata...

nak rasa

Ajieda Ajis berkata...

9 hb nnt balik boleh rasa... dah plan nak bagi kat ur BIL 4 the engagement.

Rakan-rakan