Beras yang tumpah ke dalam periuk, ibarat limpahan rezeki yang melimpah ruah daripada Allah s.w.t. Membawa kemakmuran yang berterusan. Semoga dapur Beras Tumpah saya juga dapat memberi manfaat kepada semua insan.... Insya'allah.

Jumaat, 23 Disember 2011

Nasi Ayam Beras Tumpah.

Suka makan nasi ayam?  Masak sendiri boleh makan puas sikit.

Bahan-bahan:
4 cawan beras - dibersihkan dan ditos.
1/2 ekor ayam - dipotong dan dibersihkan.
2 sudu sos tiram
2 sudu kicap pekat manis.
minyak untuk menggoreng
sedikit kunyit
1/2 batang karot - dipotong panjang halus-halus.
2 biji tomato - potong bulat.
1 biji timun - potong serong.
1 pokok salad. - dibersihkan dan disiat.
1 pokok daun sup
1 pokok daun bawang.
bawang goreng.

bahan tumisan:
3 ulas bawang putih - dicincang.
1 inci kulit kayu manis.
1 kuntum bunga lawang.
1 sudu jintan manis - ditumbuk kasar
1sudu lada hitam.
1 sudu pati ayam 
1 batang serai - diketuk
1 cm halia - diketuk
2 liter air
garam secukup rasa

bahan sos:
10 tangkai cili merah.
3 ulas bawang putih
3 sudu besar gula
3 sudu besar cuka
1 cawan air.
garam secukup rasa.

Cara membuat:
1.  Panaskan minyak, tumiskan semua bahan tumisan. setelah garing masukkan air dan pati ayam.
2.  Masukkan ayam, perisakan dengan garam dan rebus hingga mendidih
3.  Setelah ayam empuk, keluarkan ayam dan toskan.
4.  Masukkan beras bersama lima cawan air rebusan ayam ke dalam "rice cooker".  Tambahkan karot, kunyit  dan masak nasi seperti biasa.
5.  Ayam diperapkan dengan sos tiram dan kicap. Kemudian gorengkan.
6.  Masukkan sepokok daun sup yang telah dibersihka ke dalam baki air rebusan ayam direbus hinggan mendidih untuk dijadikan sup. 
7.  Kisar semua bahan sos dan masakkan atas api hingga masak dan pekat.
8.  Hidangkan nasi ayam bersama hirisan tomata, timun dan daun salad.  Diringi dengan semangkuk sup.

Tiada ulasan:

Rakan-rakan