Beras yang tumpah ke dalam periuk, ibarat limpahan rezeki yang melimpah ruah daripada Allah s.w.t. Membawa kemakmuran yang berterusan. Semoga dapur Beras Tumpah saya juga dapat memberi manfaat kepada semua insan.... Insya'allah.

Rabu, 14 Disember 2011

Sedapnya ikan pekasam!

Baru je tulis satu entri berkait dengan ikan pekasam.  Balik rumah mak, buka peti ais......................... yes, yes, yes.... ada ikan pekasam.  Terliurnya.... lapar nasi laaa...

Memang membuka selera.  Tapi ramai juga yang tak suka..... sebab apa ya? Ermmmm..... mungkin sebab ikan yang digunakan adalah ikan darat (air tawar). Ke sebab baunya... tapi masa menggoreng.... aduh, tak tahan nafsu makan nih....

Ikan pekasam - yang berpasir tu la beras.
tak perlu cuci lagi. 

Goreng aje terus macam ni....
Goreng hingga garing.
Kalau nak sedap lagi
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V

Taburkan bawang dan cili goreng.
Kalau makan dengan nasi panas ni, memang tak angkat kepala lagi dah....kata orang, mak mertua lalu kat belakang pun tak nampak.  Kena belajar buat sendiri ni.  Baru dapat makan selalu.

Cara-cara membuat pekasam:

Bahan-bahan:
1 kilo ikan darat. (tak kisah la ikan ape pun. Boleh aje)
1/2 cawan garam.
2 cawan beras - disangrai dan dikisar kering.
1 cawan air.

Cara-cara:
1.  Siang dan cuci ikan hingga bersih.
2.  Perapkan ikan dengan garam semalaman.
3.  Keesokannya, gaulkan beras goreng yang telah dikisar dengan air hingga sebati.
4.  Gaulkan ikan yang telah diperap dengan beras tadi hingga rata.
5.  Perapkan ikan selama seminggu. (paling cepat la ni)
6.  Bila nak makan keluarkan dan goreng aje.  (Nak bakar dalam daun pisang pun boleh)

p/s:  kalau nak tahan lama, boleh masukkan dalam peti sejuk.  Pekasam yang kurang garam akan cepat rosak dan berulat.

Tiada ulasan:

Rakan-rakan