Beras yang tumpah ke dalam periuk, ibarat limpahan rezeki yang melimpah ruah daripada Allah s.w.t. Membawa kemakmuran yang berterusan. Semoga dapur Beras Tumpah saya juga dapat memberi manfaat kepada semua insan.... Insya'allah.

Ahad, 1 Januari 2012

Ayam Kicap Berempah.

Kalau masak ayam masak kicap, suami tak suka.  Jadi kena la adjust sikit bahan-bahannya supaya sesuai dengan seleranya.  Hasilnya, nilah.... AyamKicap berempah.

Ayam Kicap Berempah.

Bahan-bahan:
1/2 ekor ayam - dipotong kecil, bersihkan dan perapkan dengan garam dan kunyit.
3 sudu besar kicap pekat manis.
2 helai daun limau purut.
1 inci kulit kayu manis
1 kuntum bunga lawang.
2 ulas bawang putih - dicincang.
minyak untuk menggoreng.
garam dan gula secukup rasa.
sedikit air.

Bahan kisar.
5 tangkai cili kering.
1 sudu besar biji ketumbar.
1/2 sudu besar jintan manis.
1/2 sudu besar lada hitam.
2 batang serai.
1 inci halia.
1 labu bawang besar.

Cara-cara:
1.  Panaskan minyak dan goreng ayam hingga masak.
2.  Keluarkan minyak dari kuali dan tumiskan bawang putih bersama kulit kayu manis dan bunga lawang.
3.  Setelah naik bau, masukkan bahan yang dikisar dan masak hingga garing.
4.  Masukkan sedikit air bersama dengan kicap, ayam, daun limau purut.
5.  Renehkan dan perasakan dengan garam dan gula.
6.  Bila kuah agak pekat, tutupkan api dan sedia untuk dihidanggggggg.....


2 ulasan:

NaRuFiQ berkata...

ya ALLAH...ni kegemaran saya sejak kecil lagi , huhu.....tengok pun dah rasa kenyang...

Ajieda Ajis berkata...

Ya la Fiq, nak2 lgi kalau mak kita yg masakkan... ermmm

Rakan-rakan