Dah biasa kan buat lolichoc. Nak cuba buat lolichoc yang lebih cantik, berwarna-warni dan fancy. Mudah aje. Yang penting kesabaran.
Bahan-bahan:
250 gm milk compound.
250 gm white compound.
pelbagai warna candy colour.
100 gm bertih beras.
stick lolichoc.
acuan lolichoc.
Langkah demi langkah:
|
Cairkan white compound secara double boil. |
|
Bahagikan white compound dan warnakan dengan colour candy. |
|
Ratakan warna. |
|
Isikan ke dalam piping bag. |
|
Warnakan lapisan pertama. Sejukkan hingga beku. |
|
Warnakan pula lapisan kedua dan sejukkan semula. |
|
Lapisan pertama. Sejukkan dulu hingga beku. |
|
Lapisan kedua. Bekukan. |
|
Ulang melapisi bahagian dengan warna berbeza hingga selesai. |
|
Setiap kali melapis warna berbeza perlu dibekukan supaya tidak meresap dan bercampur warnanya. |
|
Cairkan milk compond dan tambahkan bertih beras. Gaul rata. |
|
Lapisan akhir, milk compond & bertih beras. |
|
Letakkan lolichoc stik. |
|
Pusingkan lolichoc stik supaya tenggelam dalam coklat. |
|
Dah siap sejukkan hingga keras. |
|
Inilah hasilnya!!!!!!!!!!!!!!!! |
Senangkan? Cuma perlukan kesabaran aje.... hi hi hi...
Ulasan