Beras yang tumpah ke dalam periuk, ibarat limpahan rezeki yang melimpah ruah daripada Allah s.w.t. Membawa kemakmuran yang berterusan. Semoga dapur Beras Tumpah saya juga dapat memberi manfaat kepada semua insan.... Insya'allah.

Khamis, 10 November 2011

Kek Karamel.

Mula-mula makan kek karamel yang ditempah.  Harganya RM20.00.  Ermmm sedap sangat dan keluarga sangat suka.  Jadi saya belajar buat dengan mencari resepinya di internet.  Terima kasih kepada Hanafzuan Abadi .  Ini percubaan yang kedua dan menjadi.

Bahan-bahan:
Bahagian A (Karamel)
70 gm gula
Setengah tin susu cair.
3 biji kuning telur.

Bahagian B (maringue)
6 biji putih telur.
70 gm gula
1/2 sudu teh krim tartar.

Bahagian B (lapisan kek)
3 biji kuning telur.
145 gm tepung gandum
70 gm gula
135 ml air
45 ml minyak jagung
1/2 sudu teh baking powder.
Pewarna.

Langkah-langkah:
Bahagian A (Karamel)
1.  Ratakan 1 sudu gula ke atas loyang.
2.  Letakkan loyang di atas api yang sederhana hingga gula bertukar menjadi perang.  Ketepikan.
3.  Masukkan gula, telur dan susu cair ke dalam bekas dan pukul hingga semua sebati.  Tuangkan ke dalam loyang yang berisi gula hangus tadi.

Bahagian B (Maringue)

1.  Pukul telur putih hingga kembang dan gebu.
2.  Masukkan krim tartar dan pukul lagi.
3.  Masukkan gula dan terus pukul hingga tiada lagi air di dalam mangkuk. (jika diterbalikkan adunan tidak akan tumpah).  Ketepikan

Bahagian C (Lapisan kek)

1.  Pukul kuning telur hingga kembang.
2.  Masukkan gula dan pukul lagi.
3.  Masukkan air dan terus pukul.
4.  Masukkan minyak dan pukul hingga sebati.
5.  Masukkan tepung yang telah diayak bersama baking powder dan kacau hingga sebati.
6.  Masukkan bahagian B (maringue) dan kacau hingga kedua-duannya sebati.
7.  Bahagikan kepada 3 bahagian dan warnakan mengikut warna pilihan.
8.  Sendukkan setiap warna dan tuang ke atas lapisan karamel di dalam loyang selapis demi selapis di bahagian tengah hingga habis semua warna.
Macam ni la rupanya adunan di dalam
loyang.
9.  Masukkan loyang ke dalam bekas berisi air dan bakar kek selama satu jam pada suhu 170 darjah C.  Gunakan api bawah sahaja pada 20 minit awal diikuti api atas dan bawah hingga masak.
Ketuhar perlu dipanaskan terlebih dahulu.
Kek yang dah masak.

Keratan rentas kek yang dah siap.  Lebih sedap jika dihidang sejuk.
Nanti boleh la buat selalu. Bestnya.......

3 ulasan:

KhaiZa berkata...

sejak akhir2 ni, kakak ku suka memasak la... aura dapur baru eh?

Ajieda Ajis berkata...

Seronok memasak bila semuanya menjadi....

NaRuFiQ berkata...

kek karamel.....T_T....cemburu dengan orang yang pandai masak

Rakan-rakan