Beras yang tumpah ke dalam periuk, ibarat limpahan rezeki yang melimpah ruah daripada Allah s.w.t. Membawa kemakmuran yang berterusan. Semoga dapur Beras Tumpah saya juga dapat memberi manfaat kepada semua insan.... Insya'allah.

Jumaat, 4 November 2011

Kerabu Telur.

Kerabu telur.
Telur merupakan bahan mentah yang sentiasa ada di dapur.  Ia merupakan salah satu sumber protein yang mudah diperolehi.  Menu telur sangat pelbagai dan ringkas untuk disediakan.  Salah satu yang saya nak kongsi ialah kerabu telur.  Macam gambar kat sebelah.

Bahan-bahan:
3 biji telur
2 batang serai
1 biji bawang besar
1 biji tomato
1 tangkai cili merah
3 tangkai cili padi
2 biji limau kasturi
Garam secukup rasa
Sedikit minyak

Cara-cara:
1.  Dadarkan telur nipis-nipis.  Kemudian gulung dan potong halus-halus.

2.  Hiris nipis-nipis semua bahan lain.

3.  Campurkan semua bahan yang dihiris bersama perahan limau dan garam dan gaul hingga sebati.

4.  Akhir sekali masukkan telur dan gaul rata.  Sedia untuk di hidang.

Kalau suka boleh juga ditambah sedikit ulaman seperti selom atau pegaga.

2 ulasan:

KhaiZa berkata...

Boleh try nanti.. Tak pernah buat pun sebelum ni...

Ajieda Ajis berkata...

Cuba la... simple ja tapi sedap.. imran suka!!!

Rakan-rakan