Bubur Asyura.

Masih lagi dalam mood bulan Muharam.  Dulu kalau kat kampung, semua sibuk gotong royong kacau Bubur Asyura.  Seronok dan sedap sangat.  Tapi sekarang amalan tersebut makin terpinggir.  Kalau ada pun kacau sendiri-sendiri aje.

Lain tempat, lain jenis buburnya.  Kalau kat utara ni, biasanya tepung beras dikacau bersama santan dan dimasukkan pelbagai jenis bahan seperti kacang, keledek, pisang dan sebagainya.  Kat Selatan pula, biasanya macam Bubur Lambuk.  Beras diberus sampai kembang, masuk santan, ayam atau daging dan juga kekacang.  Resepi dari Pantai Timur pula ada rasa campuran rempahnya.  Pernah juga semasa di Siong dulu, bubur Asyura dimakan bersama asam pedas keladi.......... ermmmmm semuaaaanya sedap.

Tak pernah lagi buat sendiri.  Biasanya tolong mak aje.  Tapi kali ni teringin sangat nak buat sendiri.  Hasilnya...

errrrmmmm... marvellous!!!

Siap potong bagi jiran-jiran lagi.  Kebetulan, adik dari Nilai KhaiZa Story pun ada balik. Ada la rezeki dia sama.  Nak buat tak la susah sangat, cuma makan masa yang lama aje... Kalau nak cuba sama boleh la cuba resepi di bawah:

Bahan-bahan:
1/2 kg tepung beras.
300 gm gula pasir - masak hingga larut.
100 gm gula merah - masak hingga larut.
500 ml santan pekat.
100 gm kacang hijau - direbus
100 gm kacang tanah - direbus
1/2 kg keledek - direbus
1 sisir pisang - dipotong
5 tongkol jagung - dihiris
3 liter air.
50 gm sagu - direndam
5 helai daun pandan - disiat dan disimpul
secubit garam.

Cara-cara:
1. Campurkan beras, air gula putih, gula merah, air, garam dan santan ke dalam besen.
2. Gaul dan kacau hingga tepung hancur dan sebati.
3.  Masukkan ke dalam kuali bersama daun pandan dan kacau di atas api yang perlahan.
4.  Apabila campuran tepung telah masak dan pekat, masukkan semua bahan yang tinggal.
5.  Kacau lagi hingga betul-betul masak dan pekat.
6.  Bila dah betul-betul masak, masukkan ke dalam bekas dan sejukkan. (Makan panas-panas pun sedap)

Ulasan