Beras yang tumpah ke dalam periuk, ibarat limpahan rezeki yang melimpah ruah daripada Allah s.w.t. Membawa kemakmuran yang berterusan. Semoga dapur Beras Tumpah saya juga dapat memberi manfaat kepada semua insan.... Insya'allah.

Selasa, 6 Disember 2011

Jom buat coklat!


Comel tak coklat ni?  Errmmm... ni la coklat yang pertama kali saya buat.  Dah lama rancang nak buat, baru sekarang terhasil... rupanya tak susah sangat (nak lagi bila owner kedai tu bagi tips.)  Tapi nak kongsi juga cara-cara dan tips membuatnya kat sini.

Bahan-bahan:
1 peket coklat compound (ikut suka jenama apa pun - tapi saya guna Beryl's)
1 bar white compound,
100 gm hirisan badam.

Peralatan:
acuan - bentuk yang digemari.
senduk kayu.
botol sos.
mangkuk steel.
kuali.

Cara-cara:
1.  Goreng badam tanpa minyak hingga masak (keperangan)

2.  Hiriskan coklat.  Masukkan ke dalam mangkuk steel dan cairkannya dengan kaedah "double boil".


Coklat lebih cepat cair jika lebih nipis dan halus.
(Pakai loyang aje.... takde mangkuk  steel)


Pastikan api ditutup dan air tidak terlalu panas - jika tidak
kandungan coklat  akan rosak.

Kacau hingga coklat cair.

3.  Masukkan coklat yang telah cair ke dalam botol atau piping bag.(Saya guna botol sebab tak de piping bag dan lebih mudah.)


4.  Tuangkan coklat putih ke dalam acuan mengikut bentuknya.  sejukkan dalam peti sejuk.





5.  Setelah coklat putih keras, tuangkan pula milk coklat separuh penuh dan keraskan dalam peti sejuk.

Letakkan milk coklat.

love shape.
6.  Bila coklat dah keras, letakkan hirisan badam. (boleh juga ganti dengan gajus atau berangan.  Kalau tak suka kekacang, boleh letak filling seperti blueberry dsb)

(kalau coklat tak keras, badam akan mendap ke bawah)
7.  Litup badam dengan coklat sehingga penuh dan keraskan dalam peti sejuk.


8.  Biarkan selama lebih kurang 30 minit.  Bila coklat dah keras, keluarkan daripada acuan dan sedia untuk dimakannn..... (tapi kalau sejuk, keras sangat..boleh patah gigi... jadi dinginkan dulu.)

V
V
V
V
V
V
tadaaaa...... cantikkan!!!!!!!


Yang ni boleh decorate lagi...

V
V
V
V
V
V
V
V
jadi macam ni.........



Raya or birthday party nanti boleh la serve coklat.  Boleh juga buat modal untuk hantaran.  Tak pun buat present aje........  Ermmmmm best, bset, besttttttttt......

3 ulasan:

CIK TOM berkata...

mudah je upenye cara buat..lg mudah dr buat kek..menarik2!

Ajieda Ajis berkata...

mmg mudah. cuma perlukan sedikit kreativiti aje.

Nurul Akmal berkata...

senang jer nak buat.. hehehe ingatkan payah.. time kasih share resepi.. ;)

Rakan-rakan