Beras yang tumpah ke dalam periuk, ibarat limpahan rezeki yang melimpah ruah daripada Allah s.w.t. Membawa kemakmuran yang berterusan. Semoga dapur Beras Tumpah saya juga dapat memberi manfaat kepada semua insan.... Insya'allah.

Ahad, 25 Disember 2011

Masak Lemak Tempoyak Pucuk Ubi.

Tempoyak memang sinonim dengan orang Perak.  Kalau kena cara masakannya memang sedap... saya orang Kedah pun suka makan.  Jadi nak kongsi satu resepi..... Masak Lemak Tempoyak Pucuk Ubi.  Campur petai sikit.... Fuhhhh!!!!!


Bahan-bahan:
1 cekak pucuk ubi - direbus.
5 papan petai - ambil isi.
segenggam ikan bilis - dikopek.
100 ml santan pekat
3 sudu besar tempoyak.
garam secukup rasa.
sedikit kuniyt.

Bahan kisar:
1 labu bawang besar.
7 tangkai cili padi
3 batang serai
250 ml air.

Cara-cara:
1.  Masukkan bahan kisar bersama pucuk ubi, petai, ikan bilis, garam dan kunyit ke dalam periuk dan rebus hingga mendidih.
2.  Masukkan santan, masak hingga pekat.
Sedia untuk dihidang.

Tiada ulasan:

Rakan-rakan