Beras yang tumpah ke dalam periuk, ibarat limpahan rezeki yang melimpah ruah daripada Allah s.w.t. Membawa kemakmuran yang berterusan. Semoga dapur Beras Tumpah saya juga dapat memberi manfaat kepada semua insan.... Insya'allah.

Ahad, 25 Disember 2011

Tempoyak.

Sekarang tengah musim durian.  Rata-rata tempat, tengok berlonggok-longgok durian dijual.  Biasa la bila dah beli tu, mesti juga terkena part yang kurang elok.  Jadi bahagian ni boleh buat tempoyak.  Macam kat bawah ni...
Kalau nak sedap boleh gunakan durian yang baik.  Tapi yang tu, dah masuk perut.  Hi hi hi... jadi saya guna la yang masam-masam sikit tu.  Senang aje nak buat.  Buang biji kemudian gaulkan dengan garam.  Itu aje.  Yang lepas, saya buat boleh tahan sampai dua tahun kalau simpan dalam peti sejuk.

Kat asrama dulu pernah juga tengok kawan bawa tempoyak.  Isi dalam balang.  Dah siap-siap perap dengan cili merah lagi.  Kita orang tumpang la sekaki.

Tempoyak ni banyak juga gunanya.  Paling basic, itu la, sambal tempoyak.  Paling best, Masak Lemak Tempoyak Ikan Patin.  Kalau saya, suka  Masak Lemak Tempoyak Pucuk Ubi.  Tambah sikit dengan petai.  Suami cukup suka..... itu yang best!

2 ulasan:

CIK TOM berkata...

ciktom suka makan durian tapi tempoyak mmg xmakan..xsuka...huhu

ps: suka la nama blog ni..beras tumpah :)

Ajieda Ajis berkata...

tq, Cik Tom sbb suka... so boleh la lawat selalu.

Rakan-rakan