Beras yang tumpah ke dalam periuk, ibarat limpahan rezeki yang melimpah ruah daripada Allah s.w.t. Membawa kemakmuran yang berterusan. Semoga dapur Beras Tumpah saya juga dapat memberi manfaat kepada semua insan.... Insya'allah.

Jumaat, 16 Disember 2011

Petai jeruk.


Ramai yang suka makan petai.  Pasti sedap dibuat ulam atau sambal.  Masak lemak tempoyak lagilah sedap.  Tapi, pernah tak makan yang ni............






errrrmmmm .... petai jeruk.
Dengan kulit.

Tanpa kulit.
Mak saya sebenarnya yang rajin mengesahkan petai ni.  Katanya, boleh simpan untuk anak-anak.  Tak sempat makan yang fresh, makan jeruk pun jadilah...............  Padahal, anak-anak membedal lebih lagi... Kan senang dapat.  Tapi tak sama, pokok sendiri.  Nak anak-anak semua dapat makan. Macam tu lah selalunya mak. Terima kasih mak!


Kalau dah dalam piring macam ni, tunggu apa lagi... nak pula kalau colek dengan sambal belacan.  Pergghhh... memang best.

Cara-cara membuat petai jeruk.

Bahan-bahan:
10 papan petai.
air masak
segenggam garam.

Cara-cara.
1.  Potong petai atau keluarkan biji petai dari kulitnya. Cuci bersih.
2.  Isikan dalam balang.
3.  Masukkan air hingga penuh dan meliputi petai.
4.  Masukkan garam.
5.  Tutup balang hingga kemas dan simpan.

p/s:  kekurangan garam boleh sebabkan petai rosak.

Tiada ulasan:

Rakan-rakan