Beras yang tumpah ke dalam periuk, ibarat limpahan rezeki yang melimpah ruah daripada Allah s.w.t. Membawa kemakmuran yang berterusan. Semoga dapur Beras Tumpah saya juga dapat memberi manfaat kepada semua insan.... Insya'allah.

Isnin, 12 Disember 2011

Rendang vs Rendam

Kisah benar ini diceritakan oleh si menantu kepada saya.  Kejadian berlaku di dapur rumah si ibu mertua yang tinggal di daerah Baling.  Menantunya pula dari selatan tanah air, dan baru beberapa hari bergelar isteri.

"Nak masak ape tengahari ni mak"? tanya menantu.
"Mu ghendang la ikang kasang tu", jawab ibu mertua sambil menunjuk kepada satu bekas.  Menantu pun terus mencapai bekas tersebut dan membukanya.
"Erkkk... busuknya.... patutlah kena rendam.  Banyak pasir nih." berkata dalam hati sambil menutup hidungnya.
Dengan pantas dia pun mengeluarkan ikan pekasam tersebut dan merendamnya di dalam sebuah mangkuk kecil.
"Laaaa.... mu gi ghendam ikang tu bak pa?  Habih la beraih tu?" pantas ibu mertua meninggikan suara bila melihat  tindakan menantunya.
"Gena mu nih, suruh ghendang ikang kasang pun tak tu....", leter si ibu mertua.
"Betul le rendam ikan dalam air, habis tu nak rendam dengan ape", menantu terus terpingan-pinga.

p/s: kalau nak jadi menantu, kena tau hal dapur dulu.... hi hi hi...

Tiada ulasan:

Rakan-rakan