Beras yang tumpah ke dalam periuk, ibarat limpahan rezeki yang melimpah ruah daripada Allah s.w.t. Membawa kemakmuran yang berterusan. Semoga dapur Beras Tumpah saya juga dapat memberi manfaat kepada semua insan.... Insya'allah.

Ahad, 20 Januari 2013

Fancy lolichoc

Dah biasa kan buat lolichoc.  Nak cuba buat lolichoc yang lebih cantik, berwarna-warni dan fancy.  Mudah aje. Yang penting kesabaran.

Bahan-bahan:
250 gm milk compound.
250 gm white compound.
pelbagai warna candy colour.
100 gm bertih beras.
stick lolichoc.
acuan lolichoc.

Langkah demi langkah:

Cairkan white compound secara double boil.

Bahagikan white compound dan warnakan dengan colour candy.


Ratakan warna.


Isikan ke dalam piping bag.

Warnakan lapisan pertama.  Sejukkan hingga beku.


Warnakan pula lapisan kedua dan sejukkan semula.


Lapisan pertama.  Sejukkan dulu hingga beku.

Lapisan kedua.  Bekukan.





Ulang melapisi bahagian dengan warna berbeza hingga selesai.

Setiap kali melapis warna berbeza perlu dibekukan supaya tidak
meresap dan bercampur warnanya.

Cairkan milk compond dan tambahkan bertih beras.  Gaul rata.

Lapisan akhir, milk compond & bertih beras.

Letakkan lolichoc stik.

Pusingkan lolichoc stik supaya tenggelam dalam coklat.

Dah siap sejukkan hingga keras.

Inilah hasilnya!!!!!!!!!!!!!!!!
 Senangkan?  Cuma perlukan kesabaran aje....  hi hi hi...


Rakan-rakan