Beras yang tumpah ke dalam periuk, ibarat limpahan rezeki yang melimpah ruah daripada Allah s.w.t. Membawa kemakmuran yang berterusan. Semoga dapur Beras Tumpah saya juga dapat memberi manfaat kepada semua insan.... Insya'allah.

Sabtu, 21 Januari 2012

Jem Mulberi.

Kat sekolah saya ada beberapa pokok Mulberi.  Baru-baru ni, berbuah lebat.  Kemerahan penuh pokok.  Kalau yang dah ranum tu sampai hitam.  Ermmmm.... sedapnya.  Manis dan bersari.  Apa lagi, pungut la.  Dapat juga setengah besen.

Ha..... ni la mulberi.
Kasi close up sikit....
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
Terliur rasanya!

Yang hitam ni dah ranum... berjus dan bersari.
Saya pilih yang hitam-hitam je lah makan sebab yang merah-merah tu rasanya agak masam sikit.  Tapi bila dah banyak-banyak ni nak simpan, takut rosak pula.  Apalagi buat aje jem!!!

Ni la rupa jemnya!
Dapat la juga satu bekas sebesar botol jem yang biasa kita beli tu.


Bila sapu aje kat roti..... masuk dalam mulut......ermmmmmmmm sedapnyaaaaaaa.  Rasa yang fresh gitu.

Warna merahnya asli.
Selain jem dapat la juga dibuat jus.... Minum anak-beranak.  Kan banyak khasiatnya.

Perasa dan pewarna asli... fresh dari pokok.
Susah ke nak buat?
Senang aje... sape-sape pun boleh buat.  Cuma cuci buahnya dan kisar bersama sedikit air.  Rebus sampai mendidih.  Tapis patinya untuk dibuat jus.  Sarinya masak terus hingga pekat.  Dah tu tambah aje gula mengikut selera masing-masing.  Dah noleh sapu atas roti.

Cadang nanti nak buat tart pakai jem ni la.... hi hi hi.  Ganti nenas.

Selasa, 10 Januari 2012

Atasi masalah bubuk beras.

Pernah tak beras kat dapur anda semua dicemari bubuk.  Bubuk??  Alaaaa, serangga kecil-kecil warna hitam kat dalam beras tu.....  Ada yang panggil kutu beras.  Bila nak masak, kena buang dulu.... leceh la.  Jadi atasinya dengan petua ini....
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
V

Masukkan beberapa tangkai cili kering ke dalam bekas atau tong beras.  Insya'allah... bubuk akan melarikan diri.....  Kepadasan atau kepanasan?  Tak pasti.  Tapi mujarab juga petua ni.


Isnin, 9 Januari 2012

Garlic bread.

Dah lama tak pi makan kat pizza hut.  Kalau pi, tak kan lepaskan garlic bread ni.  nak lagi bila cicah dengan mushroom soup.  Bila dah teringin sangat, cuba la buat sendiri kat dapur saya.... BERAS TUMPAH.
Garlic bread... versi Beras Tumpah.
Boleh la makan, walaupun tak sesedap Pizza Hut punya. Nak cuba?

Bahan-bahan:
1 buku roti putih - dipotong nipis.
3 sudu besar mentega.
3 ulas bawang putih.

Cara-cara:
1.  Tumbuk bawang putih hingga lumat dan gaulkan bersama mentega.
2.  Sapukan pada roti dan bakar di atas kuali leper.  Terbalikkan roti supaya masak kedua-dua belah.

Senangkan!  Kalau tak de mushroom soup, sup ayam pun sedap.  Kalau tak de juga, cicah je dengan kuah apa-apa pun.  Tapi yang ni saya cicah dengan kuah ayam kicap berempah.

Kalau nak senang lagi, guna aje garlic butter. Tak payah nak tumbuk-tumbuk....  hi hi hi.

Selasa, 3 Januari 2012

Kek Pelangi.

Ini la kek yang paling simple saya buat.  Insya'allah, sekali buat aje terus jadi.

Bahan-bahan:
250 gm butter.
250 gm gula.
250 gm tepung kek (blue key)
5 biji telur.
1 sudu teh esen vanila.
Pewarna pilihan.


Cara-cara:
1.  Pukul butter dan gula hingga kembang, masukkan telur satu persatu dan pukul lagi hingga kembang.
2.  Masukkan tepung dan kaup balik hingga sebati.
3.  Bahagikan kepada beberapa bahagian dan warnakan. (warna lain dah habis jadi dapat kuning dan hijau aje).
4.  Lenserkan loyang dengan butter.
5.  Sendengkan sedikit loyang dan tuangkan adunan mengikut warna satu demi satu hingga habi.
6.  Bakar dalam oven yang telah dipanaskan selama 50 minit pada suhu 170darjah.

Yang ni dah sejuk dan dipotong.

Errrmmmm.... baru keluar dari oven.


Ahad, 1 Januari 2012

Ayam Kicap Berempah.

Kalau masak ayam masak kicap, suami tak suka.  Jadi kena la adjust sikit bahan-bahannya supaya sesuai dengan seleranya.  Hasilnya, nilah.... AyamKicap berempah.

Ayam Kicap Berempah.

Bahan-bahan:
1/2 ekor ayam - dipotong kecil, bersihkan dan perapkan dengan garam dan kunyit.
3 sudu besar kicap pekat manis.
2 helai daun limau purut.
1 inci kulit kayu manis
1 kuntum bunga lawang.
2 ulas bawang putih - dicincang.
minyak untuk menggoreng.
garam dan gula secukup rasa.
sedikit air.

Bahan kisar.
5 tangkai cili kering.
1 sudu besar biji ketumbar.
1/2 sudu besar jintan manis.
1/2 sudu besar lada hitam.
2 batang serai.
1 inci halia.
1 labu bawang besar.

Cara-cara:
1.  Panaskan minyak dan goreng ayam hingga masak.
2.  Keluarkan minyak dari kuali dan tumiskan bawang putih bersama kulit kayu manis dan bunga lawang.
3.  Setelah naik bau, masukkan bahan yang dikisar dan masak hingga garing.
4.  Masukkan sedikit air bersama dengan kicap, ayam, daun limau purut.
5.  Renehkan dan perasakan dengan garam dan gula.
6.  Bila kuah agak pekat, tutupkan api dan sedia untuk dihidanggggggg.....


Rakan-rakan