Beras yang tumpah ke dalam periuk, ibarat limpahan rezeki yang melimpah ruah daripada Allah s.w.t. Membawa kemakmuran yang berterusan. Semoga dapur Beras Tumpah saya juga dapat memberi manfaat kepada semua insan.... Insya'allah.

Selasa, 29 November 2011

Jeruk Ikan Duri.

Masakan ni boleh tahan lama.  Makin lama, makin sedap rasanya.  Boleh guna macam-macam jenis ikan ikut citarasa masing-masing.  ikan kembung, tongkol, dan macam-macam lagi. Menu untuk kenduri pun ok juga....


 Bahan-bahan:
1 ekor ikan duri - saiz sederhana.
1 labu bawang besar - belah 6.
1 labu bawang putih. - belah 2.
3 inci halia - mayang panjang-panjang.
1 batang lobak merah - mayang panjang-panjang.
15 tangkai cili padi.
1 sudu biji sawi.
3 sudu cuka.
2 liter air.
sedikit kunyit.
garam dan gula secukup rasa.
minyak untuk menggoreng.

Cara-cara:
1.  Potong dan bersihkan ikan.
2.  Perapkan ikan dengan garam kunyit dan goreng.
3.  Panaskan minyak, tumiskan biji sawi dengan seulas bawang putih yang dimayang.
4.  Masukkan air, cuka, garam dan gula secukup rasa.
5.  Bila mendidih, masukkan ikan dan semua bahan yang ada.
6.  Biarkan mereneh hingga sebati rasanya.
Jika suka boleh ditambah sedikit perasa.  Siapppp....

Telur Hancur Lobak Masin.

Sajian ni selalu makan masa kecik-kecik dulu.  Time xde lauk, ni la sajian yang paling menyelerakan.


Simple aje nak masak.  Jadi sekarang time malas-malas, ni la antara menu pilihan.

Bahan-bahan:
3 biji telur.
5 ketul lobak masin - dipotong nipis.
1 labu bawang besar - potong dadu.
1 tangkai cili merah - hiris.
minyak untuk menumis.

Cara-cara:
1.  Satukan dan bersihkan semua bahan yang dihiris.
2.  Panaskan minyak dan tumiskan bahan yang dihiris.
3.  Bila naik bau, pukul telur dan masukkan ke dalam kuala.
4.  Kacau hingga telur hancur dan garing.
5.  Siap untuk dihidang.

Rabu, 16 November 2011

Vadei ala Melayu

Ayah saya sangat suka makan vadei.  Saya pun suka tapi kurang  berminat dengan rasa jintan manis dan cili kering sebagai ramuannya.  Tambahan pula vadei yang dibeli selalunya keras sangat.  Untuk ayah, saya cuba create resepi melayu yang sesuai dengan citarasa saya.



Bahan-bahan:
1 mankuk kacang dhal.
200 gm udang hidup.
2 labu bawang besar.
1 pokok daun bawang.
1 pokok daun sup.
2 tangkai cili merah.
Garam.
1/4 kiub pati ikan bilis.
Minyak untuk menggoreng.

Cara-cara:
1.  Rendam kacang dhal selama 4 jam.  Toskan dan dikisar kering.  (Jangan terlalu halus)
2.  Udang dikopek kulit dan dicincang.
3.  Bawang dipotong dadu.
4.  Cili, daun sup dan daun bawang dihiris.
5.  Satukan semua bahan dan gaul sebati.  (Kurangkan garam kerana campuran kacang dhal menjadikan vadei lebih masin)
6.  Bulatkan kacang dhal dengan kedua-dua belah tangan dan leperkan.
7.  Masukkan terus kepingan vadei ke dalam  minyak yang panas dan goreng hingga kekuningan.  (Jika terlalu lama vadei akan keras)

Jumaat, 11 November 2011

Roti Arab

Bukan kat ARab je ada Roti Arab, kat Malaysia pun ada......


Bahan-bahan:

Roti:
250 gm tepung gandum.
5 gm yis.
2 sudu besar marjerin.
1 sudu besar gula.
125 ml air.
sedikit garam.
minyak untuk menggoreng.

Kuah:
1 tin sardin - saiz kecil.
2 ulas bawang putih - dicincang.
1 labu bawang besar - potong dadu.
1 biji kentang - potong dadu.
200 ml air.
sekeping asam
garam
minyak.

Cara-cara:
Roti:
1.  Masukkan semua bahan roti kecuali air dan ramas hingga sebati.
2.  Masukkan air sedikit demi sedikit dan uli hingga menjadi doh.
3.  Bahagikan kepada 7 bahagia.
4.  Bulat-bulatkan doh dan simpan dalam bekas tertutup selama 15 minit.
5.  Ambil seketul doh dan canai nipis anggaran 0.5 cm.  Jika melekat, taburkan sedikit tepung atas pencanai.
6.  Panaskan minyak dan goreng dengan api sederhana.
7.  Bila roti mula mengembung, kaupkan minyak ke atasnya dan terbalik-terbalikkan roti sehingga masak kekuningan.
8.  Angkat dan toskan.

Kuah:
1.  Panaskan minyak dan tumiskan bawang putih.
2.  Masukkan sardin dan lenyek isinya hingga hancur.
3.  Masukkan air, kentang, bawang, asam dan garam.
4.  Masak hingga kuah pekat.

Sedia untuk dihidang!!!!

Rendang Daging


Bahan-bahan:
1 kilo daging - dipotong nipis-nipis.
200 ml santan pekat.
3 sudu kerisik.
1 batang kulit kayu manis.
1 kuntum bunga lawang.
Minyak untuk menumis.
Garam secukup rasa.

Bahan untuk dikisar:
10 tangkai cili kering.
5 tangkai cili merah.
1 labu bawang besar.
5 ulas bawang putih.
5 batang serai.
1 inci halia.
1 inci lengkuas.
1 inci kunyit.

Bahan dihiris halus:
1 labu bawang besar.
3 ulas bawang putih.
2 helai daun kunyit.

Cara-cara:
1.  Bersihkan daging dan toskan.
2.  Gaulkan daging bersama bahan yang dikisar dan hirisan bawang besar dan bawang putih.
3.  Panaskan minyak dan tumiskan kulit kayu manis bersama bunga lawang.
4.  Setelah naik bau, masukkan daging.
5.  Setelah pecah minyak, masukkan santan, kerisik dan garam.
6.  Masukkan daun kunyit dan masak sehingga pekat atau kering.



Daging Black Pepper















Bahan-bahan:
1/2 kilo daging.
3 ulas bawang putih.- dicincang
1 labu bawang besar.- dihiris bulat.
1 sudu besar sos tiram.
2 sudu besar sos cili.
3 sudu besar kicap manis.
1 sudu besar lada hitam - ditumbuk kasar.
1/2 sudu teh serbuk oregano
Garam secukup rasa.
minyak untuk menumis.

Cara-cara:
1.  Potong daging nipis-nipis dan bersihkan.
2.  Gaulkan daging bersama sos tiram, sos cili, kicap, lada hitam dan oregano.
3.  Panaskan minyak dan tumiskan bawang putih.
4.  Masukkan daging, biarkan merenah di atas api yang sederhana.
5.  Setelah daging masak, masukkan garam dan bawang.
6.  Tutup api bila kuahnya telah pekat.

Puding Jagung Gardenia.


Resepi ni saya create sendiri dan berikan nama sendiri.  Asalnya saya makan puding ni sebagai pencuci mulut semasa kursus yang lepas.  Nak tanya resepi, chefnya tah kat mana.  Jadi agak-agak je la bahannya.

Bahan A:
30 gm agar-agar.
1 liter air.

Bahan B:
1 tin jagung.
1 tin susu cair.
6 keping roti gardenia.
2 biji telur.
2 cawan gula.
500 ml air.

Cara-cara:
1.  Masakkan agar-agar dengan 1 liter air hingga hancur.
2.  Kisarkankan semua bahan B.
3.  Setelah agar-agar hancur, masukkan semua bahan yang telah dikisar.
4.  Masak hingga mendidih.
5.  Masukkan dalam loyang dan sejukkan hingga beku.

Khamis, 10 November 2011

Kek Karamel.

Mula-mula makan kek karamel yang ditempah.  Harganya RM20.00.  Ermmm sedap sangat dan keluarga sangat suka.  Jadi saya belajar buat dengan mencari resepinya di internet.  Terima kasih kepada Hanafzuan Abadi .  Ini percubaan yang kedua dan menjadi.

Bahan-bahan:
Bahagian A (Karamel)
70 gm gula
Setengah tin susu cair.
3 biji kuning telur.

Bahagian B (maringue)
6 biji putih telur.
70 gm gula
1/2 sudu teh krim tartar.

Bahagian B (lapisan kek)
3 biji kuning telur.
145 gm tepung gandum
70 gm gula
135 ml air
45 ml minyak jagung
1/2 sudu teh baking powder.
Pewarna.

Langkah-langkah:
Bahagian A (Karamel)
1.  Ratakan 1 sudu gula ke atas loyang.
2.  Letakkan loyang di atas api yang sederhana hingga gula bertukar menjadi perang.  Ketepikan.
3.  Masukkan gula, telur dan susu cair ke dalam bekas dan pukul hingga semua sebati.  Tuangkan ke dalam loyang yang berisi gula hangus tadi.

Bahagian B (Maringue)

1.  Pukul telur putih hingga kembang dan gebu.
2.  Masukkan krim tartar dan pukul lagi.
3.  Masukkan gula dan terus pukul hingga tiada lagi air di dalam mangkuk. (jika diterbalikkan adunan tidak akan tumpah).  Ketepikan

Bahagian C (Lapisan kek)

1.  Pukul kuning telur hingga kembang.
2.  Masukkan gula dan pukul lagi.
3.  Masukkan air dan terus pukul.
4.  Masukkan minyak dan pukul hingga sebati.
5.  Masukkan tepung yang telah diayak bersama baking powder dan kacau hingga sebati.
6.  Masukkan bahagian B (maringue) dan kacau hingga kedua-duannya sebati.
7.  Bahagikan kepada 3 bahagian dan warnakan mengikut warna pilihan.
8.  Sendukkan setiap warna dan tuang ke atas lapisan karamel di dalam loyang selapis demi selapis di bahagian tengah hingga habis semua warna.
Macam ni la rupanya adunan di dalam
loyang.
9.  Masukkan loyang ke dalam bekas berisi air dan bakar kek selama satu jam pada suhu 170 darjah C.  Gunakan api bawah sahaja pada 20 minit awal diikuti api atas dan bawah hingga masak.
Ketuhar perlu dipanaskan terlebih dahulu.
Kek yang dah masak.

Keratan rentas kek yang dah siap.  Lebih sedap jika dihidang sejuk.
Nanti boleh la buat selalu. Bestnya.......

3 jenis bahan penaik.

Hari ni ada buat cup cake. Tapi kenapa bila makan rasa macam hangus kapur sikit. Agaknya terlebih letak soda kot.  Jadi cuba cari info tentang kegunaan soda dalam pembuatan kek dan cara penggunaannya.  Taip aje kegunaan soda bikarbonat, terus terjumpa Aniz Baking Centre .  Pn Noraini, tuan punya blog menceritaka tentang 3 jenis bahan penaik iaitu:
i.  serbuk penaik (baking powder) - digunakan dalam kebanyakan kek.
ii. serbuk soda (soda bikarbonat) - bersifat alkali dan bertindak meneutralkan asid dalam kebanyakan kek, biskut atau kuih-muih yang berasid.
iii.serbuk tartar (cream of tartar) - yang ini pula bersifat asid dan digunakan bersama soda. Biasanya dicampur ke dalam telur putih untuk teknik meringue bagi pembuatan kek chifon.

Tapi kat mana silapnya kek saya tadi?  Rasa sangat hangusnya.  Nak kena cari lagi info ni!

Jumaat, 4 November 2011

Kerabu Telur.

Kerabu telur.
Telur merupakan bahan mentah yang sentiasa ada di dapur.  Ia merupakan salah satu sumber protein yang mudah diperolehi.  Menu telur sangat pelbagai dan ringkas untuk disediakan.  Salah satu yang saya nak kongsi ialah kerabu telur.  Macam gambar kat sebelah.

Bahan-bahan:
3 biji telur
2 batang serai
1 biji bawang besar
1 biji tomato
1 tangkai cili merah
3 tangkai cili padi
2 biji limau kasturi
Garam secukup rasa
Sedikit minyak

Cara-cara:
1.  Dadarkan telur nipis-nipis.  Kemudian gulung dan potong halus-halus.

2.  Hiris nipis-nipis semua bahan lain.

3.  Campurkan semua bahan yang dihiris bersama perahan limau dan garam dan gaul hingga sebati.

4.  Akhir sekali masukkan telur dan gaul rata.  Sedia untuk di hidang.

Kalau suka boleh juga ditambah sedikit ulaman seperti selom atau pegaga.

Rakan-rakan