Beras yang tumpah ke dalam periuk, ibarat limpahan rezeki yang melimpah ruah daripada Allah s.w.t. Membawa kemakmuran yang berterusan. Semoga dapur Beras Tumpah saya juga dapat memberi manfaat kepada semua insan.... Insya'allah.

Ahad, 30 Oktober 2011

Cara-cara membuat soya

Sepanjang bulan puasa ni yang lepas saya banyak berjimat.  Macam mana??? Salah satu caranya saya buat sendiri air soya.  Emmmmhhhh!!!! senang je.  Jom lah cuba..... Boleh tengok langkah-langkahnya kat sini Home made soy

Sabtu, 29 Oktober 2011

Gembira di dapur.

Pernah tak kita rasa bosan dan malas untuk ke dapur?  Kenapa ya?  Sepatutnya kita bergembira ketika di dapur sebab dapur adalah antara bahagian yang penting untuk kita mencurahkan kasih sayang dalam keluarga.  Mungkin kadang kala keletihan membuatkan kita malas untuk masuk dan memasak di dapur.  Tapi kebosanan berada di dapur perlu dielakkan.  Jadi, bagaimana caranya untuk kita menghidupkan aura di dapur itu supaya tidak bosan, malah bergembira di ruang itu.

Pertama, kita akan rasa bosan apabila dapur kita tidak kemas dan tidak terurus.  Jadi pastikan kita menyusun atur dan mengemas dapur kita pada setiap masa supaya teraur, kemas dan bersih sepanjang masa.  Dalam keadaan yang bersih, kemas dan tersusun, kita akan merasa tenang, lapang dan relaks bersantai di dapur.  Pastikan tiada pinggan mangkuk bersusun di dalam singki, dapur melekit dek minyak, sampah yang berbau  dan peralatan lain bertaburan atau bergantungan di merata tempat.  Keadaan ini hanya akan menyebabkan kita rasa berserabut.

Kedua, tak perlu banyak perabut dan kelengkapan di dapur.  Perabut-perabut ini hanya akan menyempitkan ruang dan jika silap di susun atur ia boleh membuatkan dapur kita berserabut.  Jadi, pilihlah perabut yang benar-benar perlu dan sesuai dengan dapur kita sahaja.  Mungkin dengan tema tertentu, dapur kita akan lebih menarik 

Ketiga, peralatan memasak yang mencukupi perlu bagi sebuah dapur yang sering digunakan.  Peralatan-peralatan tertentu, walaupun nampak kecil dan remeh, tapi sebenarnya banyak membantu kita ketika memasak.  Menjadikan kerja-kerja memasak lebih mudah.  Lantas, perasaan bosan dan terbeban untuk memasak dapat diatasi.

Keempat, pengaliran udara dan pencahayaan di dapur juga sangat penting.  Tingkap dapur yang sentiasa terbuka membenarkan peredaran keluar masuk udara yang bersih dan segar.  Maka, dapur kita takkan dihinggapi dengan bau-bau hamis yang kurang menyenangkan.  Kalau tak ada tingkap macam mana? Jangan susah hati, pasangkan saja penyedut udara.  Tingkap juga dapat membenarkan cahaya yang terang masuk ke dapur anda.  Menjadikan keadaan di dapur terang dan jelas.  Dapur yang suram dan gelap juga akan menyebabkan mood kita turut menjadi suram.  Selain itu, pilihan cat juga penting untuk membuatkan dapur kita kelihatan terang di samping penataan cahaya lampu yang mencukupi.  Boleh juga diletakkan pewangi tertentu untuk menyegarkan lagi udara di ruang dapur.

Kelima, dapur adalah tempat untuk memasak.  Jadi tak perlu terlalu banyak hiasan di dapur.  Hiasan yang berlebihan ini jika tidak disusun atur dengan betul hanya akan menyebabkan suasana dapur kita tambah berserabut.  Tambahan pula ia hanya menambahkan kerja-kerja kita untuk sentiasa membersih dan menjaganya.  Selain itu, hiasan daripada fabrik atau bunga-bungaan pula hanya kan memerangkap habuk, bau dan juga percikan minyak.  Oleh itu, lebih baik minimakan hiasan di dapur.  Pilihan sebuah pasu kecil dengan tumbuhan yang menjalar sebaliknya dapat memberikan satu perasaan kesegaran pada mata dan juga minda kita.  Seekor ikan di dalam sebuah balang juga boleh dijadikan hiasan yang menenangkan.

Selain itu, bagi sesiapa yang ingin membeli dan membina sebuah baru, ciri-ciri dapur yang baik mungkin dapat membantu.  Walau apa pun, bila kita memasak dengan sepenuh hati, pastinya kita akan gembira bila berada di dapur.

Cara-cara membuat roti.


Saya dah masukkan entri tentang membuat flower bun yang nampak menarik dan sedap untuk dimakan ini di Cantara Budi. Jadi saya link kan terus entri ni.

Jumaat, 28 Oktober 2011

Roti Sardin.

Nak uli dan tebar roti canai tak sempat, jadi saya create satu resipi yang ringkas dan mudah macam ni.

Ini la roti sardin ala beras tumpah.  Nak buat? senang je.

Bahan-bahan:
4 keping roti
1 tin sardin (kecil)
2 biji telur
1 labu bawang besar.(potong dadu)
garam secukup rasa.

Cara-caranya:
1.  Hancurkan sardin.
2.  Masukkan telur, bawang dan garam ke dalam sardin dan pukul hingga sebati.
3.  Celupkan roti satu persatu ke dalam campuran telur hingga rata.
4.  Bakar selama 2 minit menggunakan sandwich maker. (guna kuali pun boleh - ratakan minyak dulu)
5.  Hidangkan bersama kacang panggang.

Simple je kan. Kalau tambah daun bawang dan daun sup lagi sedap.  







Dapur Beras Tumpah

Inilah dapur saya yang kecil dan ringkas.  Tapi saya tetap gembira berada di sini pada setiap masa untuk menyajikan hidangan yang istimewa, tak istimewa, yang lazat, tak lazat pada setiap masa untuk keluarga tersayang.  Walaupun kecil dan ringkas, namun penggunaannya adalah sangat maksimum.  Insya'allah, kata orang dapur yang sering berasap sentiasa membawa rezeki yang berpanjang dan juga melimpah ruah seperti beras yang sentiasa tumpah masuk ke dalam periuk.  Amin.

Khamis, 27 Oktober 2011

Selamat datang!

Assalammualaikum w.b.t.

Buat semua pengunjung Beras Tumpah, salam perkenalan saya ucapkan.  Banyak perkara tentang cerita di dapur yang ingin saya kongsi bersama pembaca semua.  Insya'allah, dari semasa ke semasa saya akan memasukkan entri terbaru.  Semoga semua pengunjung dapat berkongsi maklumat dan pendapat bersama dan sudi menjadi teman on-line saya.

Rakan-rakan