Beras yang tumpah ke dalam periuk, ibarat limpahan rezeki yang melimpah ruah daripada Allah s.w.t. Membawa kemakmuran yang berterusan. Semoga dapur Beras Tumpah saya juga dapat memberi manfaat kepada semua insan.... Insya'allah.

Rabu, 5 Disember 2012

Samperit yang comel!


Setelah berkali-kali mencuba, akhirnya dapat juga saya hasilkan samperit yang comel  macam ni. Walaupun kecomelannya tak setanding yang dibuat oleh tuan punya resepi, tapi saya tetap berpuas hati. :) Bukannya apa, untuk orang yang tak berapa mahir memasak macam saya ni, kira ok la kan! Thanks to Kak Ina, dan mohon share resepi kat sini.

Resepi yang kak ina bagi simple sangat.  Sape-sape pun boleh buat pada bila-bila masa.  Jom, try:-

Bahan-bahan:

400 gm tepung jagung,
175 gm tepung kastad,
250 gm mentega,
250 gm susu pekat manis. (pesan kak ina guna susu marigold yang tin cover biru)
ceri merah untuk hiasan.

Langkah-langkah :
1.  Masukkan semua bahan ke dalam mangkuk.
2.  Gaulkan semua bahan dengan tangan hingga sebati.
3.  Terapkan menggunakan acuan samperit ke atas dulang yang telah dilenserkan dengan sedikit marjerin.
4.  Hiaskan dengan ceri merah yang dipotong dadu.
5.  Bakar selama 12 minit pada suhu 170 darjah.

Acuan yang digunakan pun pnting juga.  Untuk dapatkan saiz yang comel macam ni, saya membeli tiga jenis acuan.  Hasilnya memang berbeza.

Jadi selamat mencuba!!!


Khamis, 7 Jun 2012

"Towel Muffin"


Assalammualaikum.... Dah lama juga tak jengok Dapur Beras Tumpah ni.... Agak sibuk kebelakangan ni.  Banyak tempahan coklat untuk majlis perkahwinan.  Sambil-sambil tu ada juga belajar buat muffin.  Tapi muffin yang saya nak kongsi kali ni, lain sikit.  Bukan untuk dimakan tapi.... sesuai untuk hantaran dan door gift.  Apa kaitan dengan dapur Beras Tumpah???  Kan ideanya dari dapur......  menggunakan cawan muffin yang comel.

Sebenarnya, bukan lah idea original saya.  Towel muffin ni pun saya dapat masa menghadiri majlis kenduri kahwin sorang saudara jauh... sebab comelnya sangat jadi nak kongsi dengan orang ramai.....  Mungkin ni the best idea untuk dijadikan cenderahati.  so kat bawah ni, saya tunjukkan langkah-langkah menyediakan "Muffin Towel" ni....
V
V
V
V
V
Bahan-bahan:
simple aje...
Cawan kertas n tuala kecil pelbagai warna.


Langkah-langkahnya:

1.  Bentangkan tuala.

2.  Lipatkan kedua-dua bucu bertemu di tengah-tengah.


3.  Lipat sekali lagi.

4.  Temukan kedua-dua lipatan.

5.  Ulangi langkah diatas dengan menggunakan tuala yang berlainan warna.

6.  Lapiskan kedua-dua tuala yang berlainan warna tadi.

7.  Lipat serong tuala di salah satu hujungnya.

8.  Gulungkan tuala hingga ke hujung dengan kemas.

9.  Gulungan yang telah siap.

10.  Kemaskan bahagian bawah sebagai tapaknya.

11.  Masukkan ke dalam cawan kertas.


12.  Kemaskan kedudukan tuala di dalam cawan.
 Tadaaaaaaaa.........
V
V
V
V
Comel takkkkk????



Buat hiasan kat atas meja pun... cantik jugakkkk!


Jumaat, 9 Mac 2012

Rezeki coklat!

Assalammualaikum...
Sejak kebelakangan ini, saya jarang mengunjungi blog ni.  Sibuk sikit la.... sibuk???? ermmm, sibuk dengan hobi baru.  Hobi yang memberi pendapatan tambahan.   Apalagi kalau bukan BISNES COKLAT!!!!

Macam mana ya ini bermula, entah la... cuma yang pasti, saya memang suka dengan coklat.  Mula-mula buat coklat untuk makan sendiri sahaja.  Lepas tu dapat inspirasi untuk memulakan bisnes kecil-kecilan.  Bermula dengan praline, sekarang sudah makin berkembang.






Mula-mula bawa sampel untuk kawan-kawan rasa.  Lepas tu ramai yang order.  Bestnya!!! Saya jual murah aje.  15 biji praline untuk RM5.00.

Kemudian ada rakan yang minta saya buatkan hantaran.



Daripada hantaran, ada yang minta saya buatkan hadiah birthday.


Lepas tu, saya tingkatkan lagi kemahiran dengan membuat lolichoc.



yang best sekali bila dapat buat lolichoc yang macam ni.


Lepas tu, advance sikit, saya mula menyediakan door gift.




Kemudian hantaran pun makin advance....



dan, ada juga kawan yang requested bouquet macam kat bawah ni.



Comel tak????

Hantaran dalam kotak pun dah semakin advanced dengan variasi warna yang lebih menarik mengikut tema yang diminta oleh pelanggan.





Seronok rasanya bila dapat memenuhi permintaan pelanggan dan mereka berpuashati.  Saya pun dah melancarkan page saya di facebook.  Uyan's Chocolate Gift.  

Untuk hari raya nanti saya bercadang untuk mempromosikan Ketupat Praline.



Dan saya juga dah berjaya belajar membuat white praline dengan isian coklat ganache.



Jadi, saya sangat bersyukur kerana Dapur Beras Tumpah saya ni, terus memberi manfaat yang berterusan untuk saya dqn keluarga.

Sabtu, 21 Januari 2012

Jem Mulberi.

Kat sekolah saya ada beberapa pokok Mulberi.  Baru-baru ni, berbuah lebat.  Kemerahan penuh pokok.  Kalau yang dah ranum tu sampai hitam.  Ermmmm.... sedapnya.  Manis dan bersari.  Apa lagi, pungut la.  Dapat juga setengah besen.

Ha..... ni la mulberi.
Kasi close up sikit....
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
Terliur rasanya!

Yang hitam ni dah ranum... berjus dan bersari.
Saya pilih yang hitam-hitam je lah makan sebab yang merah-merah tu rasanya agak masam sikit.  Tapi bila dah banyak-banyak ni nak simpan, takut rosak pula.  Apalagi buat aje jem!!!

Ni la rupa jemnya!
Dapat la juga satu bekas sebesar botol jem yang biasa kita beli tu.


Bila sapu aje kat roti..... masuk dalam mulut......ermmmmmmmm sedapnyaaaaaaa.  Rasa yang fresh gitu.

Warna merahnya asli.
Selain jem dapat la juga dibuat jus.... Minum anak-beranak.  Kan banyak khasiatnya.

Perasa dan pewarna asli... fresh dari pokok.
Susah ke nak buat?
Senang aje... sape-sape pun boleh buat.  Cuma cuci buahnya dan kisar bersama sedikit air.  Rebus sampai mendidih.  Tapis patinya untuk dibuat jus.  Sarinya masak terus hingga pekat.  Dah tu tambah aje gula mengikut selera masing-masing.  Dah noleh sapu atas roti.

Cadang nanti nak buat tart pakai jem ni la.... hi hi hi.  Ganti nenas.

Selasa, 10 Januari 2012

Atasi masalah bubuk beras.

Pernah tak beras kat dapur anda semua dicemari bubuk.  Bubuk??  Alaaaa, serangga kecil-kecil warna hitam kat dalam beras tu.....  Ada yang panggil kutu beras.  Bila nak masak, kena buang dulu.... leceh la.  Jadi atasinya dengan petua ini....
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
V

Masukkan beberapa tangkai cili kering ke dalam bekas atau tong beras.  Insya'allah... bubuk akan melarikan diri.....  Kepadasan atau kepanasan?  Tak pasti.  Tapi mujarab juga petua ni.


Isnin, 9 Januari 2012

Garlic bread.

Dah lama tak pi makan kat pizza hut.  Kalau pi, tak kan lepaskan garlic bread ni.  nak lagi bila cicah dengan mushroom soup.  Bila dah teringin sangat, cuba la buat sendiri kat dapur saya.... BERAS TUMPAH.
Garlic bread... versi Beras Tumpah.
Boleh la makan, walaupun tak sesedap Pizza Hut punya. Nak cuba?

Bahan-bahan:
1 buku roti putih - dipotong nipis.
3 sudu besar mentega.
3 ulas bawang putih.

Cara-cara:
1.  Tumbuk bawang putih hingga lumat dan gaulkan bersama mentega.
2.  Sapukan pada roti dan bakar di atas kuali leper.  Terbalikkan roti supaya masak kedua-dua belah.

Senangkan!  Kalau tak de mushroom soup, sup ayam pun sedap.  Kalau tak de juga, cicah je dengan kuah apa-apa pun.  Tapi yang ni saya cicah dengan kuah ayam kicap berempah.

Kalau nak senang lagi, guna aje garlic butter. Tak payah nak tumbuk-tumbuk....  hi hi hi.

Rakan-rakan